About Me

My photo
No Phone:603-42805248,603-42911440 No Fax:603-42803423 Email:jractour@streamyx.com,rosnah@juaratravel.com.my,juaratrvl@gmail.com,akilla_juaratv@yahoo.com, sara_juaratrv@yahoo.com

Wednesday, October 20, 2010

PROFILE JUARA

PENGENALAN SYARIKAT
Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPL 2819) semenjak tahun 1999 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan juga berdaftar BUMITRA MALAYSIA.
Berpengalaman dalam bidang pelancongan selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel telah berjaya membawa para pelancong dari dalam dan luar negara mengembara secara domestik, inbound, outbound, pengangkutan ataupun pengeluaran  tiket secara individu ataupun berkumpulan menerusi pakej-pakej menarik dan perkhidmatan yang telah disediakan.
Juara Travel amat berpegalaman dalam pengendalian pengurusan umrah berikutan statistik jemaah semakin bertambah dari tahun ke tahun dimana ianya dibimbing oleh pembimbing umrah yang bertauliah dan berpengalaman.
 
Sebagai sebuah syarikat agensi pelancongan ia berfungsi dan bertanggungjawab dalam mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan dari segi perjalanan peribadi dan berkumpulan. Ia juga termasuk pengurusan perkhidmatan darat (ground arrangements) pelancongan seperti pengangkutan (darat/laut/udara), ticketing, penginapan (hotel/resort/apartment), lawatan ke pusat-pusat pelancongan menerusi konsep r&r (rest and relax), pendidikan (educational), kesihatan (health), riadah / sukan (sports), urusan perniagaan (seminar, mesyuarat, konvensyen), pengangkutan ataupun ibadah (umrah dan haji) untuk para pelanggan (jemaah) yang berurusan dengan kami.
Pakej Pelancongan ke luar negara (outbound) yang kami tawarkan memberi tumpuan khasnya ke Makkah, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Egypt, Jordan, Syria, Istanbul dan Australia.
Kadar bayaran bagi kedua-dua kemudahan ini  adalah setaraf dengan kadar agensi pelancongan .